Tuesday, December 29, 2009

LAWAK JENAKA...

Lawak #1:

BAS DUA TINGKAT


Ketika sampai di sebuah stesen bas, Jenal tercari-cari bas untukmenuju ke kampungnya.
Ketika melalui sebuah bas 2 tingkat, dia terdengar konduktor bas tersebut menjerit-jerit
nama kampungnya.
Lalu si Jenal terus mendekati koduktor bas tersebut untuk bertanya.
Jenal " Betul ke bas ni akan menuju ke Kampung Pasir Bedengun?"
Konduktor " Ye betullll...kenapa?"
Jenal "Kalau tingkat bawah ke Kampung Pasir Bendengun, tingkat atas pergi kemana pula???"




Lawak #2:

TERTINGGAL 

Disatu lapangan terbang, sepasang kekasih, Bloom dan Jenab saling
memandang dengan ekspresi wajah sedih. Mereka akan berpisah selama
dua tahun kerana Bloom terpaksa berpindah ke New York. Tidak lama kemudian,
terdengar suara dari operator bahawa pesawat yang akan menuju ke New York
akan berangkat. Sebagai tanda perpisahan, mereka berciuman dengan sangat mesra.
Kemudian Bloom meninggalkan Jenab sambil melambaikan tangannya dengan air mata yang menitis di pipinya. Setelah berjalan dua ratus meter, tiba-tiba Bloom berlari semula mendapatkan Jenab.

Jenab dengan hibanya berkata ,"Pergilah Sayang. Aku merelakan pergianmu!".
Bloom menjawab,"Maaf sayang. Gula-gula getahku tertinggal di dalam mulutmu."




 Lawak #3:

 TERLAMPAU LURUS BENDUL


Alkisah bermula selepas Pak Pandir(bukan name dalam ic) kehilangan isteri kesayangannya Mak Andir(bukan juga nama ic).Hendak dist0rykan(peh bahase omputeh neh)Pak Pandir akan pergi menziarah kubur isterinya setiap hari bagi menyiram kubur isterinya dengan air mawar.Sampai ke minggu kedua anaknya Amang menegur bapanya."Ayah biarlah yang pergi,pergi dengan tenang jangan menyesali kepergiannya lagi ayah"ujar anaknya dengan muke penuh feeling.Lalu bapanya pula berkata."wahai anakku adapun ayah bukanlah menyesali kepergiannya...Ibumu pernah berkata "kalau abang nak kawin tunggu la merah kat kubur Andir ilang dulu ya".Tu la pasal ak g siram kubur mak ko ari2".Seraya itu berkerutlah kening anaknya.Nak dibelasah bapak sendiri.Tp perangai die tahap desperado gler!Hahahaha -.-


 Lawak #4:

 BULAN

Ayah : Apasal Bahasa Inggeris kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?

Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.




 Lawak #5:

 LAWAKAN...




PERJALANAN DIRIKU. ( 27 Disember 2009 )


Petang ahad yang lepas bersamaan 27 dissember 2009....Aku pulang semula ke Universiti Malaysia Pahang(UMP)....Ak pulang bagi meneruskan perjalanan aku bagi meneruskan pelajaran di SEM 2...


Aku tiba di UMP pada pkul 5.30 petang...Aku dapat berjumpa kembali kawan-kawan aku yang dah lame aku tinggalkan..