Monday, February 1, 2010

Lagi penulis blog hina raja Melayu disiasat

JOHOR BAHRU 31 Jan. - Polis sedang menyiasat beberapa lagi penulis blog yang didapati menyentuh atau menghina institusi raja-raja Melayu dalam laman blog mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sekiranya bukti berhubung kegiatan tersebut mencukupi, kesemua mereka yang terlibat akan didakwa di mahkamah.

Beliau berkata, polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengumpul bukti terhadap kes-kes berkenaan.

''Tindakan yang diambil adalah bukti pihak kerajaan amat serius membendung perkara yang boleh mencetuskan ketegangan di kalangan orang awam terutama hal berhubung kait dengan institusi raja, agama dan kaum.

''Pihak kementerian dengan kerjasama SKKM juga akan terus memantau laman blog yang menyentuh tentang perkara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di sini hari ini.

Jumaat lalu, seorang juruteknik komputer sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban terhadap pertuduhan menghina institusi kesultanan dan rakyat Johor menerusi blog adukataruna.blogspot.com pada 22 Januari lalu.

Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di No.297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini antara 7.25 malam dan 9.05 malam.

Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Semberong berkata, tindakan menyentuh perkara yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai adalah suatu perkara yang tidak wajar dan tidak bertanggungjawab apatah lagi ia melibatkan imej sesebuah negara.

''Saya percaya kita sepatutnya bersatu dalam memikul tanggungjawab berhubung kes sensitiviti orang ramai seperti institusi raja-raja Melayu dan agama agar ia tidak berleluasa sehingga membakar emosi rakyat," katanya. - Utusan



 Rakyat diajak tentang usaha gugat keharmonian

 

Bantahan dari seluruh negara cermin semangat 1Malaysia: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu menentang cubaan liar menggugat keharmonian negara, termasuk beberapa serangan terhadap rumah ibadat baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, beliau terharu dan mendapat inspirasi daripada bantahan disuarakan pelbagai pihak di seluruh negara yang mengutuk perbuatan demikian.



Katanya, bantahan dan kemarahan pelbagai pihak yang bergema dari seluruh negara terhadap segelintir individu yang bertindak jahat itu mencerminkan semangat sebenar 1Malaysia atau perpaduan dalam kepelbagaian.

"Saya tahu ada pihak yang mengkritik 1Malaysia. Saya tahu sesetengah rakyat Malaysia begitu cepat menolak atau memperkecil-kecilkannya. Saya tahu ada pihak yang mempersoalkan isinya. Kepada mereka yang mempunyai keraguan mengenainya, saya ingin katakan: 1Malaysia bertujuan mulia.

"Ia adalah seruan ke arah tindakan berasaskan nilai asas yang wujud sejak sekian lama dan sentiasa menjadi amalan kita seperti integriti dan kesetiaan... yang menjadi identiti rakyat Malaysia," tulis Najib dalam blog beliau www.1malaysia.com.my blog.
Perdana Menteri berkata, kejadian baru-baru ini bukan saja penghinaan terhadap kepercayaan agama, tetapi juga satu perbuatan yang jelas bertentangan dengan semangat dan matlamat 1Malaysia.

"Ia satu cubaan bagi menggagalkan usaha kita untuk mencapai penerimaan dan kemajuan, kesaksamaan dan lebih buruk lagi, adalah cubaan untuk menyemai bibit-bibit yang menentang sikap toleransi. Bagaimanapun, unsur paling membimbangkan ialah emosi yang mendorong individu terbabit bertindak demikian. Mentaliti inilah yang perlu dikenal pasti dan diperbetulkan.

"Kita tidak boleh sekali-kali menerima sikap tidak bertoleransi dan perbuatan menghancurkan masyarakat kita. Saya juga menyarankan kepada ibu bapa, guru dan pemimpin supaya mendidik anak kita supaya bangun menentang cubaan liar bagi menggugat keharmonian antara kita... hanya melalui cara inilah Malaysia akan menjadi lebih kuat dan sejahtera," kata beliau. � Bernama

Thursday, January 28, 2010

Dua masjid dilempar 4 kepala babi: KPN minta rakyat bertenang

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa di sini dan Masjid Jumhuriahdi Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dilempar dengan objek dipercayai kepala babi hutan, awal pagi ini.

Objek yang dibungkus dengan plastik putih berserta wang tunai sebanyak RM35 itu ditemui jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat Subuh.

Insiden yang sama turut berlaku di Taman Datuk Harun, dipercayai dilakukan kumpulan atau individu yang sama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang melawat Masjid Imam At-Tirmizi hari ini meminta rakyat supaya bertenang dan tidak menimbulkan kekecohan berikutan kejadian itu.

Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan ketegangan kaum agar menghentikan tindakan mereka. – Utusan




Cadangan haram rokok di Pahang akan dikaji semula

KUANTAN 26 Jan. - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) akan mengkaji semula cadangan penguatkuasaan fatwa pengharaman rokok di negeri ini seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Yang Dipertua Muip, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, satu kajian secara mendalam akan dilaksanakan sebelum menggazetkannya sebagai fatwa yang sah iaitu merokok adalah haram di negeri ini.

"Sebelum menggazet atau mewartakan fatwa seperti ini, kita perlu memberi satu pengajaran kepada perokok iaitu mendedahkan baik buruk kerana terdapat pelbagai implikasi apabila kita mewartakan fatwa ini.

"Sememangnya kita tidak boleh lari daripada hukum iaitu kalau mufti berpendapat ia adalah haram maka kita perlu menerima hakikat tersebut," titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Pengurniaan Insentif Sukan SEA Laos 2009 di Hotel MS Garden di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan pihak berkuasa agama Islam Pahang memutuskan pengharaman merokok berkuat kuasa 30 Disember lalu berikutan kesannya yang boleh memudaratkan kesihatan.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri pada akhir bulan lalu yang mengeluarkan fatwa pengharaman tabiat merokok di negeri ini.

Menurut Tengku Abdullah, cadangan tersebut perlu ditinjau terlebih dahulu sebelum boleh digazet dan dikuatkuasakan pengharaman merokok di negeri ini.

"Bagaimanapun, hakikatnya kita tidak ada persoalan tentang hukum yang menyatakan bahawa rokok itu adalah haram tetapi kita akan mencari kaedah sebaik mungkin untuk melaksanakannya apabila fatwa ini digazetkan.

"Pihak mufti keluarkan (fatwa) berdasarkan pandangan jawatankuasa berkenaan tetapi Muip mesti sahkan dan mengkaji daripada tindakan susulan serta kaedah-kaedah untuk melaksanakan fatwa ini," titah baginda.

Tambah baginda, Muip akan memperhalusi perkara ini sebelum mewartakannya. - Utusan

Monday, January 25, 2010

Pasukan Khas Siasat Blog Hina Almarhum Sultan Iskandar


JOHOR BAHARU, 24 Jan (Bernama) — Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.

“Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah,” katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.

– BERNAMA

* Siasat juga Link ini...
  > x baik tau main hina - hina nie...
tambah dosa je tau...
bik adiah ka al fatihah je kan
lagi senangkan
daptkan pahalaa
dari buat dosa...




Isu Allah dari persepektif lain

Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim masih berlarutan dan hangat diperkatakan.

Sebahagian besar rakyat masih marah, kerajaan pula seolah-olah kehilangan arah serta prinsip dan pemimpin utama Umno ternyata bercelaru dan kelam-kabut.

Kontroversi yang melanda negara itu tercetus akibat tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menghalang penggunaan kalimah Allah ke atas akhbar Herald, yang diterbitkan oleh gereja Katolik. Dalam permit yang dikeluarkannya, KDN tidak membenarkan kalimah Allah.

Pihak Herald membawa perkara itu ke mahkamah dan berjaya membatalkan larangan berkenaan. Keputusan mahkamah menimbulkan rasa tidak puas hati dan marah di kalangan ramai Muslim.

Memang tidak boleh dinafikan bahawa sikap dan pendirian sebahagian mereka ikhlas, berhemah dan tulen.

Maslahnya, kemarahan dan kebimbangan orang ramai ini diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk pemimpin-pemimpin utama Umno. Mereka melihat isu itu boleh diperalatkan untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan peluang mereka meraih sokongan daripada orang Melayu.

Pemimpin Umno juga merasakan bahawa pelbagai matlamat lain boleh dicapai jika isu Allah ini mereka kemudikan dengan bijak.

Seorang menteri kanan Umno sungguh-sungguh yakin isu itu boleh meretakkan jikalau tidak memecahkan hubungan antara PAS dengan DAP serta menamatkan sejarah Pakatan Rakyat.

Selain itu, pimpinan tertinggi Umno melihat dengan memperalatkan isu itu mereka boleh menggerakkan sokongan golongan Melyu/Islam dari semua peringkat.

Mereka tahu isu berkenaan dianggap dekat dengan hati orang Melayu/Islam dan berharap akan menenggelamkan isu-isu seperti korupsi, salahguna kuasa, kehilangan enjin jet dan pembunuhan Altantuya.


Apabila Menteri Dalam Negeri membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah dan Perdana Menteri membenarkan demosnstrasi, isu itu menjadi lebih besar daripada yang sepatutnya.

Tindakan pelampau mula tidak terkawal

Masyarakat Islam semakin marah. Tindakan-tindakan pelampau tidak dapat dikawal lagi.

Keputusan mahkamah hanya memberi kebenaran kepada Herald saja untuk menggunakan kalimah Allah. Malagnya ia dianggap boleh membuka jalan kepada seluruh masyarakat bukan Muslim – Kristian dan lain-lain – menggunakannya. Peluang untuk kumpulan pelampau memperalatkan isu ini semakin meluas.

Sikap dan tindakan Menteri Dalam Negeri mengambil keputusan untuk merayu di mahkamah dan membenarkan tunjuk perasaan sebenarnya bertentangan dengan gazet kerajaan sendiri, iaitu P.U. (A) 62 bertarikh 16 Februari 2009.

Gazet itu menyatakan (1) Percetakan, penerbitan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan yang berhubungan dengan agama Kristian yang mengandungi perkataan “Allah”, “Kaabah”, “Baitullah” dan “solat” adalah dilarang melainkan jika di kulit muka depan ditulis perkataan “UNTUK AGAMA KRISTIAN”.

Pemimpin-pemimpin kerajaan bercakap tentang perlunya menghormati undang-undang. Kenapa mereka tidak menghormati gazet yang mereka sendiri keluarkan?

Kenapa sebaliknya mereka perlu mengambil sikap dan tindakan yang dapat digunakan oleh segelintir extremis – termasuk dari Umno dan media perkauman sempit yang dikuasainya – untuk mengapi-apikan sentiment perkauman dan agama di kalangan rakyat?

Sikap dan tindakan tidak bertanggungjawab menteri berkenaan dan Perdana Menteri berjaya, buat sementara ini, menenggelamkan isu-isu yang menghantui mereka selama ini dan membantu mereka meraih sedikit sokongan dari masyarakat Islam. Namun mereka gagal melemahkan apatah lagi menghancurkan Pakatan Rakyat.

Pendirian PAS dan Keadilan

PAS telah mengambil pendirian berprinsip yang sama dengan Keadilan bahawa tidak ada larangan bagi golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Pada masa yang sama mereka mengingatkan supaya golongan Kristian tidak menyalahgunakan kebebasan itu untuk kepentingan peribadi. Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu menemui pemimpin-pemimpin gereja telah menegaskan lagi perkara berkenaan.

Pendirian PAS dan Keadilan diterima baik oleh DAP serta golongan Kristian dan bukan Islam yang lain. Pakatan Rakyat pula tidak berpecah dan akhirnya hancur, seperti yang diharapkan oleh pemimpin Umno, bahkan terus kuat dan bertambah mantap.

Perdirian berprinsip kedua-dua parti itu berdasarkan beberapa faktor, antaranya: (i) Tiada hukum dalam Quran atau Hadis yang mengharamkan bukan Islam mengguna kalimah Allah, (ii) sejarah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam ini sudah lama berlaku, termasuk dalam zaman Nabi Muhammad (SAW), dan (iii) kalimah ini luas digunakan oleh bukan Islam di banyak kawasan termasuk di rantau ini, terutama di Sabah dan Sarawak, dengan tidak menimbulkan apa-apa masalah.

Mereka yang tidak bersetuju mengemukakan hujah bahawa sungguhpun ada ayat-ayat yang tidak menegah tetapi ada juga nas-nas Quran yang dapat ditafsirkan sebagai melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah itu. Mereka berkata Quran hendaklah dilihat secara keseluruhan.

Sejarah memang tidak dapat dinafikan. Akan tetapi mereka berpendapat bahawa walaupun kalimah itu digunakan oleh tempat-tempat lain, ia tidak sesuai diguna oleh masyarakat di sini.

Mereka berhujah rumpun Melayu mempunyai pandangan yang berbeza dan tersendiri disebabkan oleh faktor seperti bahasa dan budaya.

Apakah yang dimaksudkan dengan rumpun Melayu itu? Dari segi sosio-budaya, masyarakat Indonesia tergolong dalam rumpun Melayu. Begitu juga masyarakat tradisional di Sabah dan Sarawak.

Kenapa di Sabah dan Sarawak, kerana pelbagai desakan, sekarang ini sudah diputuskan Kristian di sana boleh terus menggunakan kalimah Allah?

Kenapa kebebasan itu kemudiannya diperluaskan lagi ke Wilayah Persekutuan dan Pulau Pulau Pinang? Alasan kerajaan, kononnya bukan Islam lebih ramai.

Mengapa dua peraturan dalam satu Malaysia? Bukankah ini pendirian politik yang sangat oportunis dan tidak berprinsip?

Hujah Golongan Menentang

Ada beberapa hujah yang dikemukakan golongan yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim di negara ini.

Antaranya: (a) Allah mempunyai makna yang khusus bagi masyarakat Melayu, (b) jika dibenarkan penggunaan kalimah ini dibimbangi lebih mudah orang Islam dapat dipengaruhi dan berubah ke agama Kristian, dan (c) ada anggapan bahawa wujud konspirasi atau sekurang-kurangnya strategi Kristian, khususnya Katolik, untuk menarik lebih ramai orang Melayu/Islam dengan memperalatkan kalimah Allah.

Hujah (a) dengan sendiri tidak bererti apa-apa apabila tiada keputusan yang sama bagi seluruh Malaysia. Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang diberi keistimewaan menggunakan kalimah Allah itu. Jadi tiada keseragaman atau sifat yang unik bagi seluruh Malaysia. Hujah ini menjadi lemah.

Mengenai hujah (b) pula, ini menunjukkan sesetengah seolah-olah orang Islam tidak yakin dengan kekuatan iman sendiri. Memang benar ramai orang Islam yang tidak kuat iman dan tidak dalam pemahaman serta pengetahuan mereka tentang Islam.

Para ulama dan pemimpin NGO yang lantang mempertahankan penggunaan Allah untuk Islam saja tidak aktif melakukan dakwah dan tarbiah di kalangan masyarakat Islam untuk menanam iman dan mengukuhkan pengetahuan di kalangan ummah.

Mereka ini harus mempertingkatkan usaha dan jangan semata-mata menyalahkan pengembang agama lain yang lebih giat dan rajin. Jika mereka komited serta berusaha rajin, ada kemungkinan lebih ramai orang Kristian dan bukan Islam lain akhirnya memeluk agama Islam pula.

Kita lihat di Sabah dan Sarawak, walaupun kalimah Allah sudah lama digunakan di gereja, namun boleh dikatakan hanya segelintir sangat kecil saja orang Islam yang berubah agama.

Salah satu sebabnya, walaupun kebanyakan orang Islam tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang Islam, namun iktikad yang mereka pegang secara tradisional tidak mudah diubah.
Mengapakah begitu takut? Bukankah orang Islam majoriti di negara ini dan kedudukan Islam dijamin oleh Perlembagaan?

Sebaliknya, dalam suasana kalimah Allah bebas dan luas digunakan, di Sabah dan Sarawak bilangan orang Kadazandusun dan Iban yang masuk Islam besar juga.

Ini dalam keadaan hampir tiada dakwah dan tarbiah yang dijalankan oleh badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan. Fikirkanlah apa boleh berlaku jika ada rancangan dakwah dan tarbiah yang tersusun.

Tentang hujah (c) pula, memanglah menjadi tujuan mana-mana agama untuk mengembangkan pengaruhnya. Tetapi kita harus ingat di negara seperti Indonesia, yang selalu disebut-sebut, agama Kristian berkembang bukan kerana penggunaan kalimah Allah yang tidak terbatas di sana.

Faktor paling penting ialah kerja-kerja kebajikan yang mereka lakukan dan kesediaan mubaligh mereka untuk hidup bersama-sama masyarakat tempatan, terutama yang di pinggiran atau pedalaman.

Tindakan Sepatutnya

Kenapa di negara ini tiada usaha yang serius untuk mengukuhkan iman dan meningkatkan pengetahuan agama di kalangan masyarakat Islam? Mengapakah lemah sekali usaha pendakwah Islam di kalangan Orang Asal, misalnya?

Apa sebab kerajaan tidak memberi bantuan lebih kepada pendidikan agama bahkan ada pula usaha hendak menutup sekolah agama?

Mengapa kerajaan tidak memberi lebih bantuan, terutama dalam bentuk kewangan, kepada pendakwah yang hendak mengembangkan Islam?

Sikap mereka yang benar-benar prihatin terhadap ketahanan dan perkembangan Islam bukanlah dengan menyalahkan golongan agama lain atau menyekat usaha-usaha mereka.

Mereka seharusnya berusaha dengan lebih gigih untuk berdakwah serta bertarbiah.

Mereka juga perlu lebih giat menjalankan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat. Mereka sepatutnya mendesak kerajaan supaya memberi bantuan serta peruntukan lebih besar kepada pendakwah-pendakwah dan juga kepada pusat-pusat pendidikan Islam di semua peringkat.

Umno yang mendakwa sebagai pejuang orang Melayu dan agama Islam jelas gagal melakukan semua ini.

Sebenarnya, walaupun sekiranya ada strategi dan agenda tertentu yang dirancangkan oleh pihak gereja atau kuil, misalnya, gerakan mereka pasti dibataskan oleh undang-undang.

Sebabnya, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan aktivis-aktivis dari agama lain selain Islam berdakwah di kalangan penganut agama Islam dan menukar kepercayaan mereka.

Akhirnya, pihak gereja boleh melakukan sesuatu yang penting untuk mengendur bahkan menamatkan ketegangan kaum dan agama yang runcing ini.

Alangkah baiknya jikalau pemimpin-pemimpin utamanya mengumumkan mereka tidak mempunyai sebarang niat atau strategi tersembunyi untuk menggunakan kalimah Allah bagi mengembangkan agama mereka. - Malaysiakini

Wednesday, January 20, 2010

OKU: Ketua Pesuruhjaya SPRM minta maaf kepada Karpal Singh

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Ketua Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamad memohon maaf kepada Karpal Singh berikutan tindakan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM dikatakan menghina orang kurang upaya (OKU).

Begitu juga Peguam Kanan Persekutuan Persekutuan yang mengeluarkan kata-kata tidak baik terhadap OKU itu juga difahamkan telah memohon maaf.

Baru-baru ini, seorang Peguam Kanan Persekutuan didakwa mengeluarkan kata-kata menghina ke atas peguam Karpal Singh berkaitan dengan kecacatannya.

Ekoran itu, pelbgai pertubuhan OKU membuat bantahan terhadap penyataan yang dianggap menghina itu. Antaranya bantahan dibuat oleh Badan Latihan & Hidup Berdikari (ILTC), sebuah NGO yang mewakili orang kurang upaya.

(Gambar: Surat ILTC yang dihantar kepada SPRM bagi membantah kenyataan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM)

ILTC membantah kenyataan Peguam Kanan Persekutuan berkenaan yang dianggap sebagai menghina OKU apabila beliau menghina Karpal Singh.

Berikut adalah kenyataan penuh SPRM yang dihantar kepada Harakahdaily yang dikeluarkan oleh Ps. Nurhasmah Mohamed Kassim bagi pihak Ketua Unit Komunikasi Korporat SPRM.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
----------------------------------
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kepada laporan media berhubung kenyataan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM dalam satu perbicaraan mahkamah pada 18 Januari 2010.

SPRM dimaklumkan bahawa Peguam Kanan Persekutuan tersebut telah menarik balik kenyataan yang dibuat dan permohonan maaf telah dibuat oleh beliau kepada individu berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM mewakili warga SPRM ingin memohon maaf di atas kenyataan tersebut dan tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dalam perkara ini.

SPRM juga merujuk kepada dakwaan Rakyat Anti-Diskriminasi ke atas OKU Malaysia (MADD) dan Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) yang dikatakan terpaksa menunggu lama untuk menyampaikan memorandum kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta ketiadaan pegawai SPRM untuk menerima memorandum tersebut.

Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM hanya menerima permohonan daripada ILTC berhubung penyerahan memorandum tersebut melalui faksimili jam 10.03 pagi pada 18 Januari 2010. Dalam permohonan tersebut, ILTC meminta Ketua Pesuruhjaya SPRM datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk menerima memorandum tersebut pada jam 11.30 pagi.

Namun begitu, Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak dapat hadir kerana pada waktu yang sama beliau menghadiri Majlis Perasmian MyID dan Mesyuarat Agensi-Agensi Sektor Awam oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Walau bagaimanapun, pihak SPRM Wilayah Persekutuan telah diminta untuk menerima memorandum tersebut bagi pihak Ketua Pesuruhjaya.

SPRM memohon maaf di atas segala kesulitan yang dilalui oleh pihak MADD dan ILTC dan akan memastikan perkara ini tidak berulang lagi.

>kita sebagai rakyat malaysia kene lah saling hormat menghormati sesama kita....
tak perlu lah nak hina menghina nie....
bukan kita seorang je yang ada perasaan...
orang lain pon ada juagak perasaan....sooo....
saling paham memahami lah okk???


Penyerang kekal misteri

SEREMBAN - Spesies hidupan laut yang menggigit kaki posmen, Mohamad Helme Leman, 25, ketika mandi di pantai Port Dickson, pada 2 Januari lalu kekal terus menjadi misteri apabila identiti penyerang itu hanya dapat disahkan sebagai haiwan yang memiliki rahang panjang dan bergigi tajam.

Serangan yang menyebabkan kaki kanan mangsa koyak dan terpaksa menerima 50 jahitan itu pula berlaku hanya beberapa sentimeter dari dasar laut.

Bertindak atas laporan Kosmo! pada Ahad lalu, Jabatan Perikanan Negeri Sembilan telah menemubual mangsa dan membandingkan rahang yu garang, yu tanduk dan yu air tawar dengan kesan gigitan itu.

Hasilnya, tiada satu pun menepati bentuk kesan gigitan dan gaya serangan spesies ikan yu.

Rahang pemangsa itu juga didapati lebih panjang daripada ikan yu dan antara spesies ikan dalam kumpulan itu ialah ikan kacang atau alu-alu (barracuda).

Kesimpulan Pengarah jabatan itu, Wan Muhammad Aznan Abdullah ialah Mohamad Helme bukan mangsa ikan yu tetapi spesies lain yang belum diketahui. - Kosmo



>ingat kan orang je ade penyerang misteri...
rupa2 nye hidupan laut pon de jugak rupanya....hhahahhaha

              

Felda diarah bayar RM11 juta kepada peneroka

Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.

Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.

Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.- Malaysiakini

>saya sebagai anak peneroka menyokong tindakan yang telah dikenakan kepada felda....
Di tempat saya sendiri jugak terjadi perkara seperti ini....
terdapat jugak pegawai felda yang menindas peneroka....
terdapat kes yang peneroka boleh mengeluarkan tandan sawit sebanyak 1 lori penuh...
hasil dari jualan tandan sawit itu boleh diangarkan sebanyak RM 5000 atau RM 4000...
tetapi felda hanya membayar sebanyak RM 1500....m
persoalan nye...
mane pergi nye lebihan wang peneroka itu??????



Penganggur hadapi empat tuduhan bunuh keluarga

REMBAU 19 Jan. – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana tuduhan membunuh ayah, adik, datuk dan neneknya pada 5 Januari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Rasidi Ismail, 32, yang beralamat No. 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin didakwa membunuh adik perempuannya, Siti Khadijah, 22, di alamat No. 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh pada 5 Januari antara pukul 7 hingga 11 pagi.

Tertuduh juga menghadapi tuduhan kedua, ketiga dan keempat iaitu membunuh ayahnya, Ismail Awang, 76; neneknya, Sufiah Katas, 80; dan datuknya, Atan Daud, 87, di rumah tidak bernombor Kampung Batang Rokan, Gemencheh pada tarikh dan waktu yang sama.

Rasidi kelihatan tenang dan mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.

Sebelum itu, tertuduh yang memakai baju dan seluar panjang lokap polis berwarna oren serta bergari kedua-dua belah tangannya tiba di mahkamah pada pukul 8.45 pagi dengan diiringi beberapa anggota polis.

Emak tertuduh, Saharah Atan, 59, serta seorang anak saudara lelakinya hadir di mahkamah.

Majistret Siti Nur Shafrida Hashim menetapkan 19 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd. Daud memaklumkan pihak pendakwaan masih menunggu laporan kimia.

Mahkamah juga menetapkan bahawa jaminan tidak akan diberikan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam pada hari ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. – Bernama

* Apa motif dia?tak pasal mati muda....
keje tak dapat lagiii...
kawin pon tak lagiii....
enjoy pon tak puas....
dah nk mati....
pkir dulu lah awl2....


 

 

 

Monday, January 18, 2010

Siswazah sujud dapat rezeki tak disangka

JOHOR BAHRU: “Saya langsung tidak menjangka akan diumumkan sebagai pemenang kategori Individu Nilai Aset Tertinggi, sekali gus membawa pulang sebuah Proton Persona. Namun sebaik nama disebut, saya dan rakan terus melonjak gembira sambil menadah tangan tanda syukur kerana dikurniakan rezeki sebegini pada usia muda,” kata Mohammad Norshim Mohamed Hashim, 21, pemenang hadiah utama, Cabaran Catur Bestari KFC Peringkat Kebangsaan 2009/2010 di sini, semalam.

Malah, anak sulung daripada 11 beradik itu menyifatkan kemenangannya sebagai hadiah berganda selepas Kumpulan UMP Gempak 1 yang disertainya turut dinobatkan sebagai johan Nilai Aset Tertinggi yang meraih ganjaran wang tunai RM50,000.

“Tahun lalu, saya pernah cuba menyertai peraduan sama, namun tewas di peringkat awal kerana masih tidak mengetahui selok belok permainan.

“Bagaimanapun, tahun ini saya nekad mengajak rakan serumah untuk menyertai cabaran ini, sekali gus memahirkan diri dengan pelbagai ilmu perniagaan,” katanya.

Empat lagi rakan dalam kumpulannya adalah Mohd Azizul Abdul Sani, 21; Abdullah Muhamad Nawi, 25; Nurizzuddin Ahmad Hussin, 22 dan Tuan Shahlan Tuan Safie, 21.

Menurut Norshim, tiada yang mustahil buat dirinya dan rakan-rakan untuk meraih gelaran juara sekiranya mengamalkan kerjasama dengan mengatur strategi sepanjang cabaran. - Mymetro





'Ancam' di Facebook

Mohamad Tasyrif Tajuddin, seorang pelajar perfilemen, mengaku tidak bersalah hari ini atas dakwaan menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain di laman Facebook miliknya berhubung isu 'Allah'.

Tulisan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu, antaranya, berbunyi: "Ke nak aku baling bom petrol di sana plak?... harga boleh runding..."

Jumaat lalu, Mohamad Tasyrif didakwa di hadapan majistret Ho Kong Chin kerana hakim Aslam Zainuddin - yang sepatutnya mendengar kes itu - mempunyai urusan rasmi di tempat lain.

Ho kemudian menetapkan hari ini untuk sebutan semula dan juga untuk menetapkan jumlah jaminan.

Mohamad Tasyrif didakwa menggunakan aplikasi Internet itu secara sedar untuk memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?... harga boleh runding..."

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya pada 10 pagi 10 Jan lepas.

Pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Aslam menetapkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin. Kes itu akan disebut 4 Mac ini. - Malaysiakini

* Benda kecil dibesarkan, benda besar tidak nampak...

Saturday, January 16, 2010

Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010

 


Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.

Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.

Kiraan waktu gerhana dari lokasi bandar-bandar utama di malaysia adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM
Fasa Maksimum (41% 28.6% Matahari Tertutup):4:26 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM

Kota Bharu
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:03 PM
Fasa Maksimum (47% 34.5% Matahari Tertutup):4:31 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:45 PM

Langkawi (Kuah)
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 2:54 PM
Fasa Maksimum (39.7% Matahari Tertutup):4:27 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:46 PM

Kuching
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:34 PM
Fasa Maksimum ( 12.2% Matahari Tertutup):4:34 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:27 PM

Miri
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:43 PM
Fasa Maksimum ( 12.9% Matahari Tertutup):4:41 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:33 PM

Kota Kinabalu
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:47 PM
Fasa Maksimum (13.5% Matahari Tertutup):4:44 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:35 PM

Kiraan dibuat berdasarkan waktu standard Malaysia. 

Cara melihat gerhana 
Seperti yang selalu diingatkan, jangan SEKALI-KALI melihat Matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta.
Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera).
Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection).
Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!

Suasana ketika Gerhana Matahari Separa.

Disebabkan matahari teramat cerah, tidak banyak kesan yang dapat dirasa atau dilihat ketika fasa gerhana. Mungkin paling jelas ialah suasana sekeliling akan kelihatan 'kurang' terang berbanding biasa. Namun, anda perlulah mempunyai skil observasi yang tinggi untuk benar-benar dapat melihat perbezaan cahaya ketika fasa gerhana.



3.10 PM

3.10 PM