Wednesday, January 20, 2010

OKU: Ketua Pesuruhjaya SPRM minta maaf kepada Karpal Singh

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Ketua Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamad memohon maaf kepada Karpal Singh berikutan tindakan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM dikatakan menghina orang kurang upaya (OKU).

Begitu juga Peguam Kanan Persekutuan Persekutuan yang mengeluarkan kata-kata tidak baik terhadap OKU itu juga difahamkan telah memohon maaf.

Baru-baru ini, seorang Peguam Kanan Persekutuan didakwa mengeluarkan kata-kata menghina ke atas peguam Karpal Singh berkaitan dengan kecacatannya.

Ekoran itu, pelbgai pertubuhan OKU membuat bantahan terhadap penyataan yang dianggap menghina itu. Antaranya bantahan dibuat oleh Badan Latihan & Hidup Berdikari (ILTC), sebuah NGO yang mewakili orang kurang upaya.

(Gambar: Surat ILTC yang dihantar kepada SPRM bagi membantah kenyataan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM)

ILTC membantah kenyataan Peguam Kanan Persekutuan berkenaan yang dianggap sebagai menghina OKU apabila beliau menghina Karpal Singh.

Berikut adalah kenyataan penuh SPRM yang dihantar kepada Harakahdaily yang dikeluarkan oleh Ps. Nurhasmah Mohamed Kassim bagi pihak Ketua Unit Komunikasi Korporat SPRM.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
----------------------------------
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kepada laporan media berhubung kenyataan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM dalam satu perbicaraan mahkamah pada 18 Januari 2010.

SPRM dimaklumkan bahawa Peguam Kanan Persekutuan tersebut telah menarik balik kenyataan yang dibuat dan permohonan maaf telah dibuat oleh beliau kepada individu berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM mewakili warga SPRM ingin memohon maaf di atas kenyataan tersebut dan tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dalam perkara ini.

SPRM juga merujuk kepada dakwaan Rakyat Anti-Diskriminasi ke atas OKU Malaysia (MADD) dan Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) yang dikatakan terpaksa menunggu lama untuk menyampaikan memorandum kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta ketiadaan pegawai SPRM untuk menerima memorandum tersebut.

Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM hanya menerima permohonan daripada ILTC berhubung penyerahan memorandum tersebut melalui faksimili jam 10.03 pagi pada 18 Januari 2010. Dalam permohonan tersebut, ILTC meminta Ketua Pesuruhjaya SPRM datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk menerima memorandum tersebut pada jam 11.30 pagi.

Namun begitu, Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak dapat hadir kerana pada waktu yang sama beliau menghadiri Majlis Perasmian MyID dan Mesyuarat Agensi-Agensi Sektor Awam oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Walau bagaimanapun, pihak SPRM Wilayah Persekutuan telah diminta untuk menerima memorandum tersebut bagi pihak Ketua Pesuruhjaya.

SPRM memohon maaf di atas segala kesulitan yang dilalui oleh pihak MADD dan ILTC dan akan memastikan perkara ini tidak berulang lagi.

>kita sebagai rakyat malaysia kene lah saling hormat menghormati sesama kita....
tak perlu lah nak hina menghina nie....
bukan kita seorang je yang ada perasaan...
orang lain pon ada juagak perasaan....sooo....
saling paham memahami lah okk???


Penyerang kekal misteri

SEREMBAN - Spesies hidupan laut yang menggigit kaki posmen, Mohamad Helme Leman, 25, ketika mandi di pantai Port Dickson, pada 2 Januari lalu kekal terus menjadi misteri apabila identiti penyerang itu hanya dapat disahkan sebagai haiwan yang memiliki rahang panjang dan bergigi tajam.

Serangan yang menyebabkan kaki kanan mangsa koyak dan terpaksa menerima 50 jahitan itu pula berlaku hanya beberapa sentimeter dari dasar laut.

Bertindak atas laporan Kosmo! pada Ahad lalu, Jabatan Perikanan Negeri Sembilan telah menemubual mangsa dan membandingkan rahang yu garang, yu tanduk dan yu air tawar dengan kesan gigitan itu.

Hasilnya, tiada satu pun menepati bentuk kesan gigitan dan gaya serangan spesies ikan yu.

Rahang pemangsa itu juga didapati lebih panjang daripada ikan yu dan antara spesies ikan dalam kumpulan itu ialah ikan kacang atau alu-alu (barracuda).

Kesimpulan Pengarah jabatan itu, Wan Muhammad Aznan Abdullah ialah Mohamad Helme bukan mangsa ikan yu tetapi spesies lain yang belum diketahui. - Kosmo



>ingat kan orang je ade penyerang misteri...
rupa2 nye hidupan laut pon de jugak rupanya....hhahahhaha

1 comment:

  1. sy rase la kan...tu bukan ikan tu yg ggit kaki dia tu hah...ketam kot yg ggit..kalo x ketam...penyu pon mgkin bleh jgak..kalo bkan penyu ketam..antara dua la

    ReplyDelete