Tuesday, January 12, 2010

APA LAH NK JADI...


                  HISHAMMUDDIN???


HULU SELANGOR 10 Jan. - Pembangkang diminta supaya bertaubat kerana sanggup memperjudikan kestabilan dan kemerdekaan negara dengan menjadikan isu kalimah Allah serta kejadian serangan ke atas gereja sebagai modal meraih sokongan politik walaupun sedar perkara itu boleh menyemarakkan api perkauman.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pembangkang mengeskploitasikan isu itu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh meruntuhkan keharmonian dan kestabilan yang dinikmati sejak merdeka.
"Kalau pun hendak berpolitik, berpolitiklah dengan cara bertanggungjawab dan bukannya mengeksploitasi isu sensitif seperti ini. Saya menyeru kepada mereka (pembangkang) bertaubatlah kerana kesan daripada perbuatan ini sangat besar.
"Menuding jari mengatakan UMNO yang sengaja menimbulkan isu adalah satu tuduhan jahat kerana adalah tidak masuk akal kita hendak menghancurkan kestabilan yang telah dibina sekian lama oleh kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ceramah pendidikan sempena program UMNO Juara Rakyat, di sini hari ini.
Hishammuddin mengulas tindakan pembangkang yang sejak bermulanya isu bantahan penggunaan kalimah Allah sehinggalah serangan gereja secara berterusan menuduh bahawa, kemelut yang timbul itu kononnya angkara UMNO
Katanya, kepentingan negara mesti didahulukan berbanding kelangsungan politik kerana tiada makna kejayaan membentuk kerajaan baru jika keadaan rakyat dan negara kucar-kacir.
Menurut beliau, pertimbangan itulah yang menjadi asas kepada kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh anggota Kabinet mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap beberapa gereja di Selangor dan Perak.
"Bukan sekadar mengutuk tetapi Perdana Menteri sendiri turun padang melihat kesan serangan, malah, dengan segera meluluskan peruntukkan RM500,000 bagi membaiki semula rumah ibadat yang rosak," katanya.
Mengulas lanjut, Hishammuddin kemudiannya melahirkan perasaan kecewa dengan sikap pembangkang yang gemar mempolitikkan semua isu asalkan ia memberi kepentingan kepada mereka.
Katanya, tiada gunanya menjadi kerajaan jika rakyat dan negara berada dalam keadaan kacau-bilau, malah, tegasnya, penyesalan pada masa itu sudah terlambat dan tidak berguna lagi.
Sementara itu, Hishammuddin memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan negara terjamin wgalaupun berlaku beberapa insiden serangan di gereja dan surau.
Jelasnya, pihak keselamatan telah mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan kestabilan negara tidak terancam.
"Laporan media asing yang menggambarkan negara ini berada dalam keadaan meruncingkan adalah tidak benar kerana insiden serangan yang berlaku adalah kecil.
"Buktinya hari ini apabila rakyat pelbagai lapisan agama dan kaum boleh duduk bersama bagi menjayakan program UMNO Juara Rakyat," katanya.
*Widget By mybawean








KALIMAH ALLAH,PERMAINAN PARTI CAP KERIS TIDAK MENJADI.




Mungkin pada asal tujuannya parti Cap Keris hendak mengambil kesempatan dari isu kalimah Allah ini untuk mengembalikan sokongan orang Melayu Islam kepada parti itu. Kononnya isu kalimah Allah ini telah menggugat kesucian Tuhan orang Melayu oleh golongan bukan Islam, maka parti ini telah menyeru satu lagi keperluan kepada apa yang dinamakan ‘perpaduan umah’ bagi mengembalikan kekuatan Islam di negara ini.

Parti Cap Keris ini menerusi badan-badan NGO yang ditajanya seperti Pewaris, Perkasa dan Perkida telah cuba mendakyah orang-orang Melayu, betapa orang-orang bukan Islam telah berani menyentuh perkara-perkara yang berkaitan agama Islam seperti yang berlaku pada isu kalimah Allah itu.


Menggunakan isu kalimah Allah ini, mereka telah menggerakkan ‘perpaduan umah’ bagi menyatukan umat Melayu dalam satu suara politik. Apakah tujuan mereka itu benar-benar untuk memperkuatkan Islam atau hanya sekadar untuk memperkuatkan kuasa politik mereka. Seruan mereka itu telah dipandang sinis oleh berbagai pihak, kerana selama ini parti Cap Keris bukanlah parti yang dianggap serius untuk membela Islam.


Disebalik sambutan dingin dan berbelah bahagi dari parti-parti orang Melayu yang lain seperti PAS dan PKR, kepada orang-orang berfikiran finatik dan taksub, keadaannya telah menjadi terlebih lajak sehingga mengakibatkan beberapa gereja telah dibom dan dirosakkan.


Sehingga kini polis masih belum dapat menangkap orang yang melakukan kerosakan terhadap gereja-gereja ini. Dimanakah polis kita yang dikatakan sangat cekap itu. Kita mahu sangat perosak-perosak ini didedahkan dan menerima hukuman yang setimpal, dan juga kita mahu tahu kalau ada, pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab di belakang kejadian itu.


Apakah pelakunya sehebat perisik CIA sehingga langsung tidak boleh dikesan, kalau polis kita tidak mampu mengesannya, mungkin kita boleh meminta bantuan pakar dari luar negara.


PM Najib mungkin tidak menyangka isu kalimah Allah ini berakhir dengan perbuatan pengeboman dan merosakkan gereja, beliau mengutuk orang yang melakukannya dan dengan segera memperuntukkan RM500,000 kepada gereja yang rosak itu dan disiarkan dalam semua media perdana. Rasa perihatin yang beliau tunjukkan itu bagi mengelakkan beliau dan parti beliau dari dikaitkan dengan perkara buruk itu.


Dalam masa yang sama Hisamudin Husein sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri turut tumpang semangkuk dalam isu pengeboman gereja itu. Dia ada alasan kukuh untuk tidak menghapuskan ISA.


Rasanya hingga artikel ini ditulis, ISA belum dimansuhkan lagi, tetapi kenapa pengeboman dan merosakkan gereja itu berlaku juga. Malah sudah beberapa hari berlalu, suspek masih bebas dan belum dapat ditangkap.


Kalau benar akta ISA itu sebagai pencegahan, tetapi kenapa ia tidak dapat juga mencegah berlakunya pengeboman terhadap gereja seperti yang telah terjadi itu.


No comments:

Post a Comment