Tuesday, January 5, 2010

JANGAN PANDANG MUDAH

Sumpah laknat
"Wallahi - Wabillahi - Watallahi"
Inilah lafaz pembukaan bagi sumpah seorang muslim. Semoga orang yang dengan berani melafazkan perkataan ini sedar, ia bukan perkara yang boleh dipermainkan. Kita sebagai umat Islam yang memahami hal ini perlua sedar, kita jangan lagi mempertikaikan orang yang melakukan sumpah ini. Kita tidak harus menilai sama ada benar atau tidak sumpahnya, kerana sebaik sahaja ia melafazkan sumpah itu maka urusan ya atau tidak itu adalah antara yang bersumpah dengan Allah SWT. Kita juga tidak berhak untuk mengatakan orang yang tidak bersumpah itu sebagai takut kerana salah. Ini kerana melakukan sumpah ini bukan antara kita manusia, ini antara si pelaku dengan Allah SWT. Ini kerana apabila orang kedua itu bersumpah. adakah kita akan kata dia juga dipihak yang benar? Jadi siapa yang benar? Jawapannya ialah Allah SWT yang lebih mengetahui.

Aku amat berharap agar ulama' ulama' bangkit dan menyedarkan umat tentang isu sumpah ini. Takut nanti ia menjadi mainan mulut mulut manusia munafik. Aku yang agak jahil dalam hal ini pun merasakan ada yang tak kena dengan lafaz sumpah ini. Adakah ia berlandaskan syarak. Kalau ya, apa nasnya? Bagaimana pula caranya? Apakah syarat syarat seseorang itu kena bersumpah? Mana yang lebih didahulukan.. pengadilan di mahkamah.. atau sumpah dulu?

Semoga ulama' 2 response perkara ini secepat mungkin, supaya kesucian Islam tidak diperjudikan oleh manusia2 munafik di satu hari nanti.




Apabila amanah menjadi rebutan 

Proses pemilihan pemimpin UMNO akan berlangsung di sana sini. Pelbagai berita yang enak dan tidak enak di dengar menjadi topik utama akhbar akhabr dan media media elektronik. Dewasa ini, amanah dianggap ringan. Yang menjadi agenda utama adalah kejar dahulu tempat tempat setinggi yang boleh, kemudian baru menilai amanah yang dipertanggungjawabkan.

KOTA TINGGI 3 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar mendedahkan, perjalanan mesyuarat cawangan UMNO bahagian itu sejak tiga minggu lalu adalah yang terburuk dalam sejarah kerana dicemari gejala politik wang, kehadiran anasir luar dan dipenuhi pelbagai ugutan serta ancaman.
Berita sepenuhnya : Utusan Malaysia

Najib mengulas tindakan BPR menahan calon Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang kerana disyaki memberi sogokan wang kepada seorang ahli parti itu untuk mengundinya pada mesyuarat cawangan.
Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull berkata, Mohd. Nor ditahan ketika memberi sogokan RM500 kepada ahli berkenaan di Seremban pada pukul 4 petang semalam.
Berita Sepenuhnya: Utusan Malaysia
Petikan berita di atas menunjukkan betapa amanah amat menjadi rebutan oleh umat manusia sekarang. Mereka sanggup melakukan apa saja bagi mendapatkan nama dan kedudukan

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menasihatkan kepada Abdurrahman bin Samurah :

يَا عَبْدَ الرَّحْمنِ بن سَمُرَةَ لاَ تَسْألِ الإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيْتَها عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا وَ إِنْ أُعْطِيْتَهَا عَنْ مَسْأََلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْها
“Wahai Abdurrahman bin Samurah, janganlah engkau meminta kepemimpinan. Kerana jika engkau diberi tanpa memintanya, nescaya engkau akan ditolong (oleh Allah dengan diberi taufik kepada kebenaran). Namun jika diserahkan kepadamu kerana permintaanmu, nescaya akan dibebankan kepadamu (tidak akan ditolong).”
Hadits ini diriwayatkan Al-Imam Al-Bukhari dalam Shahih-nya no. 7146


Sungguh benar sabda Rasulullah ketika beliau menyampaikan hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُوْنَ علي الإِمَارَةِ وَ سَتَكُوْنُ نَدَامَةٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat berambisi terhadap kepemimpinan, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 7148)

إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُها ؟ قال: إِذَا وُسِّد الأَمْرُ إلى غَيْرِ أَهْلِها فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ
“Apabila amanah telah disia-siakan, maka nantikanlah tibanya hari kiamat. Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan menyia-nyiakan amanah? Beliau menjawab: ‘Apabila perkara itu diserahkan kepada selain ahlinya, maka nantikanlah tibanya hari kiamat”.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 59)
Jelas dalam hadis hadis, baginda memperingatkan umat Islam supaya menilai kemampuan diri sendiri, dalam keinginan untuk memegang amanah. Namun apa yang terjadi sekarang adalah yang sebaliknya. Kebanyakan mereka ini berlumba lumba untuk memilikinya.

Pada satu ketika dulu para sahabat amat menitik beratkan soal amanah dalam memerintahkan negara. Seperti halnya dikatakan oleh sahabat Nabi, Abubakar As Shidiq kepada Umar Bin Khatab ketika menunjuk dirinya sebagai khalifah. Ketika itu Umar bin Khatab yang perkasa menangis tersedu sedu. “Jika benar anda mencintaiku ya Khalifah, jangan bebankan amanat sebesar ini kepundakku. Masih banyak orang lain yang lebih mampu dari pada aku.”
Dengan panjang lebar Abu Bakar menyampaikan alasan mengapa memilih Umar, dikatakan pula, bahwa saat sekarang Negara dan rakyat memerlukan pemimpin yang Al Qawiyyul Amin(orang yang kuat dan dapat dipercaya).

Dikatakan pula ada dua orang yang akan terjerumus kedalam neraka. Pertama orang yang nekad maju dan mempromosi diri untuk memperoleh jawatan padahal dia tahu bahwa ada orang yang lebih mampu daripadanya. Kedua, orang yang mampu dan meminta memegangnya(jawatan/tugas) tetapi ia menolak kerana lari dari tanggung jawab.

Semoga mereka yang amat bersemangat untuk menjadi pemimpin, terlebih dahulu bermuhasabah tentang kemampuan diri masing masing, kerana di bahu anda terletak satu bebanan yang amat besar




16 September..

Setiap tahun kita hampir lupa dengan tarikh ini. Tarikh yang tidak kurang penting dalam sejarah Malaysia. Pada tarikh tersebutlah, pada tahun 1963, Malaysia ditubuhkan. Tapi pada tahun ini tarikh ini diingat semula, Anwar Ibrahim memilih tarikh ini untuk cuma mengambil alih pemerintahan Malaysia.

Pada tahun ini sekitar tarikh tersebut, Malaysia sedang menghadapi satu krisis kepimpinan yang nyata. Di sebelah pihak amat yakin sudah mempunyai cukup ahli untuk memerintah Malaysia. Di sebelah lagi pula, dengan yakin mempertahankan yang Malaysia akan terus diperintah oleh puak ini. Di sebelah pihak dengan lantang mendedahkan kepincangan, sebelah pihak lagi dengan angkuh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Rakyat malaysia kebanyakannya ingin melihat scenario ini berakhir secepat mungkin. Berakhir dengan kesan positif pada kehidupan seharian mereka. Tidak kira siapa yang menang, tapi yang penting kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Namun hakikatnya, Tidak ada yang lebih baik daripada penerapan Islam secara total, bukan sekadar diterapkan pada hari hari tertentu (had-hari) atau pada maslahat tertentu. Sebagai muslim, terutama pemimpin yang mengaku dirinya muslim, sepatutnya terus berusaha untuk membetulkan landasan ini agar tidak diazab di hari pembalasan kelak..





 PENGKIT "HARAM"

KOTA BHARU 23 Okt. ? Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ?pengkid?.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.

Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.

??Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.

??Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,? katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Fatwa itu adalah di antara beberapa keputusan yang dicapai pada muzakarah jawatankuasa fatwa selama dua hari yang berakhir hari ini.

Banyak pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan gejala tersebut kerana ia turut menular di kalangan pelajar.

No comments:

Post a Comment