Tuesday, January 5, 2010

ISU KALIMAH ALLAH.

Aktivis gereja lancar kempen tandatangan isu 'Allah'

Para aktivis gereja Sabah yang diketuai Dr Jeffrey Kitingan akan melancarkan kempen mengutip tandatangan supaya kerajaan pusat menarik larangan terhadap penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian dalam sembahyang, doa, nyanyian dan bahan bercetak.

Para aktivis gereka Sabah yang diketuai Dr Jeffrey Kitingan akan melancarkan kempen mengutip tandatangan supaya kerajaan pusat menarik larangan terhadap penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian dalam sembahyang, nyanyian dan dalam bahan cetak.


"Kempen ini akan diadakan selama sehingga 29 Mac dan semua orang, tidak kira agama mereka, boleh menurunkan tandatangan bagi menyokong kempen tersebut," kata Jeffrey dalam sidang akhbar di kediamannya di Kota Kinabalu.

Kempen tandatangan tersebut juga, katanya, boleh diakses secara online melalui www.PetitionOnline.com/sabahan/petition.html.

"Kita akan menyerahkan satu memorandum bersama dengan tandatangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya," katanya.

Beliau juga mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menjelaskan amarannya baru-baru ini bahawa mereka (penganut Kristian) yang menggunakan perkataan Allah dalam bahan cetak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan bukannya di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Jeffrey - adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan - juga merupakan naib presiden PKR dan pengerusi Borneo Heritage Foundation.

Penganjur bersama Ronnie Klassen, seorang ahli perniagaan, menyuarakan keyakinannya bahawa versi online kempen tandatangan itu akan menarik sokongan dari Vatican dan masyarakat antarabangsa.







KALIMAH ALLAH : BUKAN BERMAKNA ‘GOD’ SEMATA-MATA



Umum mengetahui, sensitiviti umat Islam amat tersentuh apabila kalimah Allah
seakan dipermainkan. Kalimah Allah yang termaktub berulang kali di dalam al-Qur’an
dan al-Sunnah itu sesuatu yang tidak pernah dipertikaikan oleh umat Islam. Ia digelar
sebagai ism al-zat iaitu kata nama yang melambangkan secara langsung zat Allah
SWT yang Maha Agung.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan bahawa nama Allah itu bersifat menyeluruh.
Oleh itu dengan nama tersebut disandarkan seluruh nama-nama-Nya (al-Asma’ al-
Husna) yang lain. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-A‘raf ayat 180:
“Dan bagi Allah, nama-nama yang Maha Baik”.
Bagaimanapun, tidak dinafikan sesetengah agama juga mendakwa kalimah Allah
sebagai panggilan kepada nama tuhan mereka. Hal ini bukanlah sesuatu yang baru
dan mengejutkan di dalam agama Islam. Malah al-Qur’an sendiri pernah
merakamkan konflik ini sebagai iktibar dan pengajaran buat umat Islam dan bukan
Islam.
Sebagai contoh, ketika surah al-Ikhlas diturunkan, ia membicarakan soal konflik
tentang siapakah sebenarnya Allah yang dituturkan oleh agama-agama lain itu.
Adakah ia tepat dan benar dengan konsep “Allah” sebagaimana yang digelar dan
dipanggil oleh mereka? Imam Ibn Kathir menukilkan kata-kata ‘Ikrimah tentang
perihal turunnya ayat ini.
Berkata ‘Ikrimah: “Ketika orang Yahudi mengatakan: Kami menyembah ‘Uzair anak
Allah. Orang Nasrani mengatakan: Kami menyembah al-Masih anak Allah. Majusi
pula mengatakan: Kami menyembah matahari dan bulan. Orang musyrikin pula
mengatakan: Kami menyembah berhala. Lalu Allah SWT menurunkan ke atas
Rasulullah SAW surah al-Ikhlas yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad
bahawa Allah itu Esa, Allah itu tempat bergantung segala makhluk-Nya, Allah itu
tidak beranak dan tidak diperanakkan dan Allah itu tiada bagi-Nya sekutu”.
Tidak mengira apa jua agama, sekiranya mereka tidak mengerti dan mengenal siapa
itu Allah? Apakah makna sebenar di sebalik nama itu? Jika itu semua tidak diketahui
dan dimengerti, maka mereka sekali-kali tidak layak untuk menggunakan kalimah
Allah.
Bagi membincangkan lebih lanjut isu ini, penulis bentangkan di sini hujjah-hujjah
yang menjelaskan apakah sebenarnya hakikat kalimah Allah SWT menurut
pemikiran dan aqidah Islam. Apakah signifikannya Allah SWT menjadikan kalimah
tersebut sebagai merujuk kepada zat-Nya Yang Maha Agung?
Kalimah Allah menurut satu pendapat yang lemah ialah kata nama yang kaku
(jamid). Iaitu bukan berbentuk kata terbitan yang berasal daripada kata dasar
tertentu. Ini kerana sesuatu kata terbitan mesti mempunyai akar perkataannya yang
tertentu. Sedangkan nama Allah SWT itu bersifat sediakala (qadim). Qadim pula
ialah sesuatu yang tidak mempunyai unsur asas atau asal. Ia menyerupai kesemua
kata-kata nama khas yang tidak mempunyai asal tertentu serta tidak mempunyai
sebarang maksud di sebalik penamaannya.
2
Bagaimanapun pendapat yang benar, kata nama Allah itu ialah kata terbitan yang
mempunyai kata dasar tertentu. Namun para ulama berbeza pandangan tentang asal
kalimah Allah tersebut. Pendapat yang tepat ia berasal daripada kalimah alahaya’lahu-
uluhatan-ilahatan-ilahiyyatan . Ia membawa maksud
‘abada-‘ibadatan  iaitu menyembah dan penyembahan. Daripada timbangan
(wazan) ini lahirnya kalimah ilah  yang bermaksud ma’luh  iaitu “yang
disembah” (ma‘bud).
Berasaskan pendapat ini, Ibn ‘Abbas r.a. pernah berkata: “Allah yang memiliki (sifat)
ketuhanan (al-ilahiyyah) dan kehambaan (al-‘ubudiyyah) ke atas seluruh makhluk-
Nya”.
Di kalangan ahli nahu Arab termasyhur juga berpandangan sedemikian. Misalnya al-
Kisa’i dan al-Farra’ mengatakan kalimah Allah itu berasal daripada kata al-ilah.
Kemudian mereka membuang huruf hamzah dan menggabungkan (idgham) huruf
lam yang pertama ke dalam huruf lam yang kedua. Kemudian terbentuk satu lam
yang disabdukan (tasydid) dan dibaca dengan tebal dan berat.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah pula berkata: “Yang benar, kalimah Allah ialah kata yang
mempunyai asal, di mana asal katanya ialah al-ilah. Ini sebagaimana pendapat ahli
bahasa terkenal Sibawaih dan majoriti sahabatnya kecuali beberapa orang yang
berpendapat meragukan (tanpa sebarang asas). Lafaz Allah mencakup seluruh
makna al-Asma’ al-Husna dan sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi.
Orang yang mengatakan bahawa ia adalah kata terbitan, mereka mahu
menunjukkan kalimah Allah itu mengandungi makna sifat bagi Allah SWT. Iaitu alilahiyyah
(ketuhanan) sebagaimana al-Asma’ al-Husna yang lainnya seperti al-Basir
(Maha Melihat), al-Sami‘ (Maha Mendengar), al-Qadir (Maha Berkuasa), al-‘Alim
(Maha Mengetahui) dan sebagainya.
Tidak diragukan lagi bahawa nama-nama ini merupakan terbitan daripada kata
dasarnya sedangkan nama-nama tersebut kekal bersifat qadim. Maksud nama-nama
tersebut ialah kata terbitan, iaitu dari segi lafaz dan maknanya yang bertemu dengan
kata-kata dasarnya. Bukan bererti nama atau sifat itu lahir seumpama lahirnya
cabang daripada asal. Penamaan ahli nahu terhadap kata dasar dan kata terbitan itu
dengan asal dan cabang bukan bermaksud salah satu daripada keduanya lahir
daripada yang lain, tetapi ia memberi makna salah satu daripada keduanya
mengandungi yang lain malah terdapat penambahan”.
Abu Ja’far ibn Jarir pula mengatakan: “Lafaz Allah itu berasal daripada kata al-ilah.
Kemudian hamzahnya yang merupakan fa’ al-ism (iaitu sebutan dalam ilmu saraf
bagi hamzah yang ada pada kata ilah, kerana wazan atau timbangan kata ilah
adalah fi‘alun) digugurkan atau dibuang. Kemudian huruf lam yang merupakan ‘ain
al-ism bertemu dengan lam tambahan yang barisnya mati, lalu masing-masing
digabungkan kepada yang lain.
Maka kedua-duanya menjadi satu lam yang disabdukan. Manakala takwilan (tafsiran)
kalimah Allah pula ianya berasaskan apa yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r.a.
bahawa “Dia lah (Allah) yang mempertuhankan-Nya segala sesuatu (ya’lahuhu kullu
syai’in), dan yang disembahi oleh seluruh makhluk (ya‘buduhu kullu khalqin)”.
3
Diriwayatkan juga sebuah hadith daripada Abu Sa‘id secara marfu‘: “Bahawa Isa
diserahkan oleh ibunya kepada seorang pengajar agar dapat mengajarnya menulis.
Lalu si pengajar berkata kepadanya: Tulislah dengan nama Allah. Isa berkata:
Tahukah kamu siapa itu Allah? Allah ialah Tuhan bagi segala yang dipertuhankan”.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam menerangkan keistimewaan nama Allah menyebut:
“Nama yang mulia ini memiliki sepuluh karakteristik lafaz…tentang karateristik
maknawinya, makhluk Allah yang paling berilmu, iaitu Rasulullah SAW bersabda:
Aku tidak dapat memuji Engkau sepenuh dan sesempurna yang semestinya. Engkau
sebagaimana Engkau memuji diri-Mu (selesai sabda).
Ibn Qayyim kemudiannya menjelaskan lagi bahawa penamaan Allah itu
menunjukkan bahawa Dia (Allah) adalah sebagai Yang dipertuhankan dan
disembah. Dipertuhankan oleh semua makhluk dengan penuh kecintaan,
pengagungan, ketundukan dan berlindung kepada-Nya dalam semua hajat dan
musibah yang menimpa.
Inilah sebenarnya maksud di sebalik kalimah Allah SWT. Ia bukanlah satu kalimah
yang sekadar menjadi sebutan atau seruan atau panggilan bagi tuhan semata-mata.
Sebaliknya ia merupakan nama yang melambangkan aqidah atau agama bagi orang
yang menggunakannya. Oleh itu penggunaannya amat wajar dipantau dan dipelihara
oleh kerajaan demi memastikan tiada sesiapa yang terkeliru dengan nama Yang
Maha Agung itu.
Oleh itu keputusan kerajaan untuk mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah
dalam penerbitan bukan Islam, sebagaimana yang telah diputuskan di dalam
mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Oktober dan 1 November 2006 adalah amat
bertepatan dan tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Malah penggunaan kalimah
Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat
Islam sahaja di bawah Warta PU (A) 15/82 dan pekeliling KKDN. S.59/3/6/A bertarikh
5 Disember 1986.
Sumber,
Caw. Aqidah
Bah. Penyelidikan JAKIM

 KALIMAH ALLAH


Sidang Dewan Rakyat hari Khamis hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS. Gambar-gambar suasana di luar dewan selepas itu.Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakan pensucian agama mengatasi kepentingan kepartian.Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama.Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perakra 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan.Belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangun memberikan pandangan.Dr. Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran.Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup.Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”.Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”.Mendengar pandangan tiga Ahli parlimen Pembangkang, Zahid terus bangun bertanyakan apakah pandangan mereka tersebut merupakan pandangan rasmi parti masing-masing.Lantas Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR.Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelasakan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau.“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” "Ini bukan politik tetapi kesucian agama 




Isu Kalimah ALlah - Salahkan Kita Berhati-hati?

Semenjak dua menjak ini timbul lagi isu kalimah ALLah, saya pernah mengulas perkara ini dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Dr Asri, dan juga pandangan dari Ketua Ulama Pas Pusat di dalam blog ini dan menyatakan pendirian saya mengenainya.

Kali ini ada membawakan hujjah menyatakan kalimah ALlah sudah lama digunakan oleh orang Kristian, bahkan di Mesir, Asia Barat juga. Sedangkan bahasa Arab itu memang sudah lama digunakan di sana, dan tiada masalah bagi mereka untuk membezakan ALlah pada pandangan Islam dan pada pandangan Kristian.

Masalah yang timbul sekarang ini isunya kalimah ALlah digunakan di Malaysia, iaitu jika dilihat dari media massa sendiri tentang pegangan aqidah remaja, dan umat Islam ada yang tidak kuat dan goyah apatah lagi bila ditanya mengenai ALlah dan mengimaninya dengan yaqin tanpa ada sebarang keraguan dan melaksanakan perintah ALlah dan meninggalkan laranganNya.

Ustaz Farhan Bin AbduLlah iaitu seorang bekas Kristian yang telah dilatih untuk menjadi paderi oleh bapanya sendiri iaitu Ketua Paderi besar menjaga 15 buah gereja di Sabah telah mendedahkan sendiri adakah ada agenda tertentu di sebalik permintaan akhbar Herald The Catholic Weekly untuk meminta kebenaran penggunaan kalimah ALlah di dalam bible.

Yang seharusnya kita fikirkan :

1. Samakah penggunaan kalimah ALlah sebagaimana fahaman kita sebagai orang Islam dengan kalimah yang digunakan oleh Kristian di dalam bible tersebut?

Sebagai umat Islam yang beriman, kita mengimani bahawa ALLah adalah Esa (tunggal), tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tidak menyamai apapun dengan makhluk-Nya. Ini dijelaskan sendiri di dalam surah al Ikhlas


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدُۢ (٤)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.(4)(surah al Ikhlas : 1-4)

Bahkan ALlah juga telah berfirman yang bererti :

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Surah al Maidah ayat : 73)


Menurut Ustaz Farhan,(Al Islam, m/s 8-9) Penganut penganut Kristian Ortodoks yang berpegang kepada Injil Perjanjian Lama (The Old Testament), memang menggunakan nama ALLah sebagai Tuhan mereka, tetapi tidak di dalam Injil Perjanjian Baru (The New Testament) yang menjadi pegangan penganut Kristian Katolik, Lutheran, Anglikan dan lain-lain. Samada kita sedar atau tidak golongan Kristian di negara ini yang bukan bermazhab Ortodoks telah pun menggunakan nama ALlah di dalam Bible mereka. Dan sekarang ini ingin menggunakan nama ALlah itu sebagai Tuhan mereka secara rasmi melalui undang-undang negara.

Kita menggunakan kalimah ALlah sebagai Rabbul Jalil, ALlah itu satu dan tiada Tuhan melainkan ALlah.

Berbeza pula dengan Kristian yang menyebut Tuhan tetapi Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Ruhul Qudus. Di dalam Bible Perjanjian Baru, Matthew 27: 46 (Jesus berteriak dengan suara yang lantang "Eli-eli (tuhan) Sabaktani (mengapa engkau tinggalkan aku?" - Mengapa Jesus (yang dianggap Tuhan Anak) meminta tolong kepada ALlah? Sedangkan di dalam pegangan Kristian Jesus itu adalah ALlah. Cuba lihat lagu dari Agnes Monica sendiri :

ALLAH PEDULI

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yang kita hadapi
Tak akan pernah di biarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku mengerti

Cuba bayangkan sekiranya kalimah ALlah ini digunapakai di dalam bible? Tidakkah ia menimbulkan kekeliruan?

2. Sudahkah kita turun padang untuk sama-sama membetulkan aqidah remaja dan umat Islam yang masih lagi goyah? atau sekadar melepaskan tangan dan menyerahkan bulat-bulat kepada orang lain. Kemudian bila timbul masalah saling tunding menunding, tetapi tidak mahu pula menunding pada diri sendiri.

Sebenarnya apa agenda sebenar Kristian yang bersungguh-sungguh ingin menggunakan kalimah ALlah Yang Maha Suci di dalam Kitab Bible? Ustaz Farhan mengajak kita meneliti apa yang ditulis oleh George W Peters dalam makalahnya, An Overview of Missions To Muslims. Peters mengakui betapa besar pengorbanan dan tugas yang terpaksa mereka lakukan demi mengkristiankan orang-orang Islam dengan ungkapan "...(for those) who labored in blood, tears and sweat, and with prayer and patience in the Muslim world..."

Dalam sebuah buku diterbitkan oleh Universities and Colleges Christian Fellowship di United Kingdom tahun 1981 - Light on Islam : Reaching Out to Muslims Students In Britain - digariskan beberapa kaedah untuk menawam orang-orang Islam agar memeluk agama Kristian antara isinya :
"Terangkan tentang Jesus sebagai kalimah Tuhan, tidak sebagai anak Tuhan, kerana banyak masalah dan kekeliruan yang akan timbul".



Risalah Kristian di bahagian depan kulit risalah tertulis kalimah Basmalah - RAHSIA JALAN YANG LURUS- Al Mustaqim.

Bukan tiada risalah dan komik terbitan missionari Kristian yang disebarkan secara haram. Bagaimana jika ia di'halalkan' pula? Adakah kita dapat menangkis dan menapis dakyah yang ada di dalamnya? Jika kita boleh menapis, bagaimana dengan saudara-saudara seIslam kita yang lain? Jom fikir!

p/s: Semoga kita semua dapat memantapkan aqidah sebagai umat Islam yang bertaqwa kepada ALlah.

No comments:

Post a Comment