Wednesday, January 20, 2010

              

Felda diarah bayar RM11 juta kepada peneroka

Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.

Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.

Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.- Malaysiakini

>saya sebagai anak peneroka menyokong tindakan yang telah dikenakan kepada felda....
Di tempat saya sendiri jugak terjadi perkara seperti ini....
terdapat jugak pegawai felda yang menindas peneroka....
terdapat kes yang peneroka boleh mengeluarkan tandan sawit sebanyak 1 lori penuh...
hasil dari jualan tandan sawit itu boleh diangarkan sebanyak RM 5000 atau RM 4000...
tetapi felda hanya membayar sebanyak RM 1500....m
persoalan nye...
mane pergi nye lebihan wang peneroka itu??????



Penganggur hadapi empat tuduhan bunuh keluarga

REMBAU 19 Jan. – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana tuduhan membunuh ayah, adik, datuk dan neneknya pada 5 Januari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Rasidi Ismail, 32, yang beralamat No. 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin didakwa membunuh adik perempuannya, Siti Khadijah, 22, di alamat No. 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh pada 5 Januari antara pukul 7 hingga 11 pagi.

Tertuduh juga menghadapi tuduhan kedua, ketiga dan keempat iaitu membunuh ayahnya, Ismail Awang, 76; neneknya, Sufiah Katas, 80; dan datuknya, Atan Daud, 87, di rumah tidak bernombor Kampung Batang Rokan, Gemencheh pada tarikh dan waktu yang sama.

Rasidi kelihatan tenang dan mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.

Sebelum itu, tertuduh yang memakai baju dan seluar panjang lokap polis berwarna oren serta bergari kedua-dua belah tangannya tiba di mahkamah pada pukul 8.45 pagi dengan diiringi beberapa anggota polis.

Emak tertuduh, Saharah Atan, 59, serta seorang anak saudara lelakinya hadir di mahkamah.

Majistret Siti Nur Shafrida Hashim menetapkan 19 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd. Daud memaklumkan pihak pendakwaan masih menunggu laporan kimia.

Mahkamah juga menetapkan bahawa jaminan tidak akan diberikan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam pada hari ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. – Bernama

* Apa motif dia?tak pasal mati muda....
keje tak dapat lagiii...
kawin pon tak lagiii....
enjoy pon tak puas....
dah nk mati....
pkir dulu lah awl2....


 

 

 

No comments:

Post a Comment